Monday 12 September 2011

persiapan anak muda..

Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke
menara gading, kita sentiasa di suntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh
Islam samada dari dalam atau luar negeri. Kita sentiasa didedahkan dengan
perlakuan Barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan yang
telah merosakkan akidah dan juga akhlak perlakuan umat Islam. Kita sentiasa
disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang
sedang dinikmati oleh Barat .
Tidak hairanlah, jika kita lihat sebahagian besar daripada
lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan
akhlak yang mulia, selain daripada kekontangan akidah Islam yang menjamin
kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup Islam. Bahkan yang
lebih menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokkan cara hidup Islam dan
orang yang beramal dengannya.
'ala kullihal,Kita tidak menyalahkan nereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang
mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan
Islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali Islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di
alam persekolahan dahulu..

Untuk itu, ayuh kita pasakkan thabat mendepani sejuta ribut dan kabut, mehnah dan tribulasi yang mendatang dalam pelayaran menjejak denai pecinta islam yang pastinya bukan sedikit dan tidak mudah, tetapi indah dan tersusun pelaksanaannya andai ia dilaksanakan secara berjemaah.
 Mari bersama kita bergandingan membina keperibadian Islam dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam serta mencapai cita-cita menegakkan sebuah negara yang mengibarkan bendera Islam dan melaungkan slogan jihad demi membebaskan manusia terutamanya anak2 muda daripada kepekatan alam jahiliah kepada kejernihan alam Islami yang agung.

 

Thursday 8 September 2011

renung kebesaran..

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-An'am ayat 165
Kalau dikaji ayat al-Quran, terdapat banyak perintah Allah menyuruh manusia mengkaji diri mereka sendiri. Pada diri manusia itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini.
Firman Allah bermaksud: "Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" ..az-Zariyat ayt 21
Firman Allah SWT lagi bermaksud: "(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan." ..at-Tariq Ayt 5

Sesungguhnya Allah mencipta setiap anggota manusia dengan sempurna, cantik dan tersusun. Cuba perhatikan anggota yang wujud di kepala manusia seperti lidah, telinga dan mulut. Lidah yang dicipta sentiasa digunakan manusia untuk bertutur di samping berperanan sebagai deria rasa untuk menikmati makan dan minuman. Di kanan dan kiri kepala manusia pula, Allah mencipta sepasang telinga untuk mendengar. Di kepala itu juga terdapat sepasang mata untuk melihat.
Tiga pancaindera yang terletak di kepala ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia membantu manusia menguruskan kehidupan harian mereka. Jika ditanya kepada manusia, adakah mereka mahu dibisukan lidah, dibutakan mata atau dipekakkan telinga, tentu sekali mereka akan mengatakan tidak kerana tanpa ketiga-tiga pancaindera ini kehidupan mereka amat sukar.kesemuanya dikurniakn dengan percuma lg 'original'..bukan tiruan atau 'second-hand'..
Persoalannya siapakah yang mencipta dan menganugerahkan pancaindera yang hebat ini secara percuma kepada manusia? Jika rosak, adakah pancaindera yang sangat berharga ini boleh dibeli atau ditempah dari mana-mana kedai potong atau alat ganti mahupon pusat aksesori sebagai gantinya? Seterusnya adakah wujud cerdik pandai di dunia ini yang boleh mencipta pancaindera itu yang sama dan setanding seperti asal?
Persoalan seperti ini tidak mampu dijawab oleh manusia melainkan ia perlu kembali kepada yang menciptanya. Siapakah yang mampu mencipta pancaindera yang sebegitu hebat? Tidak lain Dialah Tuhan yang bersifat Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih kepada seluruh makhluk-Nya.
Contoh lain, jika seseorang manusia yang mahu tidur, namun matanya tidak mahu lelap sedangkan sudah puas dia berusaha untuk memejamkan matanya, adakah dia yang mahu supaya matanya tidak lelap? Atau ada kuasa lain yang menahan matanya supaya lelap? Jika ya, adakah manusia boleh melawan kuasa itu? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia. Jika matanya sendiri tidak berupaya untuk dilelapkan apatah lagi jika mahu dibanding dengan kekuasaan Penciptanya.

Demikianlah beberapa contoh yang terdapat pada diri manusia yang perlu direnungi, moga-moga dengan cara itu manusia akan mengenali siapa dirinya, siapa Tuhannya dan ke mana akhirnya perjalanan hidup manusia,sedikit perkongsian yang banyak manfaat buat peringatan untuk diri penulis sendiri dan juga peringatan buat saudara2 yang lain.mudah-mudahan dengan usaha yang kerdil ini menjadi hijab antara jahanam yang mana bahan bakarnya daripada manusia dan batu-batu..

Wednesday 7 September 2011

5 Syarat boleh buat maksiat..

Maksiat??

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.
b) Jenis-jenis maksiat :
i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.
ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat...

boleh ke nk wt maksiat??....jawapannye boleh...tapi mesti baca smpai abis dulu..

Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :
1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan[maksiat] kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya
2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka[maksiat] kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumiNya
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui olehNya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat
4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah
5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat Zabaniyah penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.


kalau tengkorak yang xda otak tu pon dh pandai bg warning jauhi maksiat apatah lagi manusia yg yg ada otak lg pulak dicipta dgn sebaik-baik kejadian.

.sekian shj peringatan utk diri penulis,seorg hmba yg tidak lari dr dosa dlm kehidupan seharian,.dan tidak lupa buat p'igtn utk kaum muslimin dan muslimat,mudah2an di ampunkn dosa2 yg dilakukan kita dri kcik smpai lh bsr sama ada kita sedar atau tidak..

keluarkan apa di dalam poket mu..


Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan: "Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat; lima akan diberikan di dunia, dan lima lagi akan diberikan di akhirat kelak...

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)..memetik drpd qola al hukama' :
  ...."أنفق ما في الجيب يأتيك ما في الغيبberilah ape yg ade dtgnmu nescaya akn dberikan lbih ape yg tlah dberi olehmu..
firman Allah dlm surah albaqarah ayt 267:
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.”


Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah...

Apakah fadilat bersedekah?

Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

demikian serba sedikit yang dapat penulis coretkan buat peringatan untuk diri sndiri yang 'maznubu ilallah' yang sering alpa dan leka dengan keindahan dunia dan juga kepada sesiapa sahaja yang berkunjung di blog yang serba kurang ini.

Sunday 4 September 2011

kerana seorang wanita..

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:   ‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! oleh kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
  • suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya.
    Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
    Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:
    Sahabat
    Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
    Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
    1. Tegur dengan tangan jika terdaya.
    2. Tegur dengan mulut jika terdaya.
    3. Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
    Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
    Orang yang melihat
    Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
    Jurufoto
    Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.
    Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
    Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
    Penjual/ penyebar
    Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.
    Pembeli/ pembaca
    Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
    Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
    Nauzubillah…
    Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
    Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….