Monday 25 July 2011

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"



[halaqah]

Pondok!?Apa Kebendanya tuh??

So...Banyaklah manusia2 bertanya kepada chek nih apa kebondanya Pondok nih??!!agak lenguh jugak dok menjawab solan yang sama jak jadik chek pon nak habaq nih...jadi...tengok elok2...:senyum:...

Erti Pondok : Iaitu suatu tempat pengajian agama islam yang menggunakan sistem talaqqi, kitab2 turas atas manhaj ahli sunnah wal jamaah...so... Pondok BUKAN sekolah agama or sekolah agama rakyat walaupun pakai nama Al-madrasah juga dikepala namanya...

Sejarah Dinamakan Pondok : like everyone know that...di sesebuah Pondok tuh...didirikan sebuah madrasah or menasah or surau or whatever it call for student to study there...jadi dikeliling madrasah, menasah, surau, rumah tok guru tu dibina pondok-pondok kecil yang didiami pelajar-pelajar yang belajar di sesebuah Pondok...


oleh sebab banyaklah pondok-pondok kecil yang dibina sekelilingnya maka diambil dari situ dinamakan tempat2 pengajian begitu sebagai Pondok....

so, bila hampa suma pi ke sesebuah pondok akan kedapatanlah suasana begini, yang mana ada pondok2 kecil yang didiami pelajar samada pelajar bujang or kelamin...tapi memandangkan zaman berubah maka sesetengah Pondok pon dah berevolusi...:senyum:....tak dak dah pondok2 kecil tapi digantikan dengan asrama atau dorm...

But, as long as it's on manhaj ahli sunnah, talaqqi, using kutub ut-turas maka it still Pondok pada istilah walaupun takdak pondok2 kecil....ok...

Sistem Pengajian : Maka Pondok ni dia tiada syllabus yang tetap, yang selaras...setiap Pondok boleh jadi berbeza-beza cara dia...tapi asas utama sesebuah Pondok untuk dinamakan dia Pondok maka dia mesti :-

   1. Talaqqi
   2. Menggunakan kitab turas
   3. Tiada percampuran pelajar lelaki dan perempuan
   4. Belajar bukan untuk sijil,diploma,ijazah dan sewaktu lah.
   5. Belajar dari muka surat pertama hingga habis kitab satu persatu...not tebuk2...

jadi...mana2 tempat pengajian yang guna sistem seperti diatas bolehla kita katakan ia sebuah Pondok.

                                                   mcm ni la cara belajar di pondok..