Thursday, 17 November 2011

4 amalan elak hati jadi "batu"

SESEORANG yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat.
Lebih membimbangkan ialah apabila hati ke tahap tidak ‘bernyawa’ lagi (mati), pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka.
Akibatnya, mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempu nyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t.
Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini.
Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat.
Berdasarkan hadis Rasulul lah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin ayat 14)
Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan.
Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.
Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)
Sucikanlah ia dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)
Jika seorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya?
Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta ba nyak berdoa kepada Allah.
“Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.
“Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.
“Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah,” katanya.
Menurutnya, hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Turut hadir, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood yang membincangkan topik ‘Hati Mati, Keluarga Sengsara’, Ia dipengerusikan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ustaz Zamanuddin Jusoh.
Siti Nor Bahyah berkata, baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.
“Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.
“Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: “Wahai Luqman sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.” Lalu Luqman juga membawa seketul hati.
“Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.
Menurutnya berlebihan dalam berkata-kata menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa.
“Dalam sebuah kisah ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar. Nabi menjawab: “Beristighfar dahulu sebelum bercakap.”
“Jika makanan terisi de ngan banyaknya menyebab kan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati. Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”
“Luqman memberi petua, perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” katanya.
Siti Nor Bahyah mengingatkan kepada suami supaya memastikan mereka membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.
“Kisah seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh.
Rasulullah berkata: “Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.”
“Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber haram,” katanya.
Beliau berkata, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.
“Sebagai suami, contohnya mereka perlu bertanya diri mereka adakah sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Binalah keluarga sehingga ke syurga apabila menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan.
“Melakukan solat berjemaah dapat menambah keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.
“Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari,” katanya.(copy paste)

Monday, 12 September 2011

persiapan anak muda..

Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke
menara gading, kita sentiasa di suntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh
Islam samada dari dalam atau luar negeri. Kita sentiasa didedahkan dengan
perlakuan Barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan yang
telah merosakkan akidah dan juga akhlak perlakuan umat Islam. Kita sentiasa
disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang
sedang dinikmati oleh Barat .
Tidak hairanlah, jika kita lihat sebahagian besar daripada
lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan
akhlak yang mulia, selain daripada kekontangan akidah Islam yang menjamin
kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup Islam. Bahkan yang
lebih menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokkan cara hidup Islam dan
orang yang beramal dengannya.
'ala kullihal,Kita tidak menyalahkan nereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang
mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan
Islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali Islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di
alam persekolahan dahulu..

Untuk itu, ayuh kita pasakkan thabat mendepani sejuta ribut dan kabut, mehnah dan tribulasi yang mendatang dalam pelayaran menjejak denai pecinta islam yang pastinya bukan sedikit dan tidak mudah, tetapi indah dan tersusun pelaksanaannya andai ia dilaksanakan secara berjemaah.
 Mari bersama kita bergandingan membina keperibadian Islam dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam serta mencapai cita-cita menegakkan sebuah negara yang mengibarkan bendera Islam dan melaungkan slogan jihad demi membebaskan manusia terutamanya anak2 muda daripada kepekatan alam jahiliah kepada kejernihan alam Islami yang agung.

 

Thursday, 8 September 2011

renung kebesaran..

"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-An'am ayat 165
Kalau dikaji ayat al-Quran, terdapat banyak perintah Allah menyuruh manusia mengkaji diri mereka sendiri. Pada diri manusia itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini.
Firman Allah bermaksud: "Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" ..az-Zariyat ayt 21
Firman Allah SWT lagi bermaksud: "(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan." ..at-Tariq Ayt 5

Sesungguhnya Allah mencipta setiap anggota manusia dengan sempurna, cantik dan tersusun. Cuba perhatikan anggota yang wujud di kepala manusia seperti lidah, telinga dan mulut. Lidah yang dicipta sentiasa digunakan manusia untuk bertutur di samping berperanan sebagai deria rasa untuk menikmati makan dan minuman. Di kanan dan kiri kepala manusia pula, Allah mencipta sepasang telinga untuk mendengar. Di kepala itu juga terdapat sepasang mata untuk melihat.
Tiga pancaindera yang terletak di kepala ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia membantu manusia menguruskan kehidupan harian mereka. Jika ditanya kepada manusia, adakah mereka mahu dibisukan lidah, dibutakan mata atau dipekakkan telinga, tentu sekali mereka akan mengatakan tidak kerana tanpa ketiga-tiga pancaindera ini kehidupan mereka amat sukar.kesemuanya dikurniakn dengan percuma lg 'original'..bukan tiruan atau 'second-hand'..
Persoalannya siapakah yang mencipta dan menganugerahkan pancaindera yang hebat ini secara percuma kepada manusia? Jika rosak, adakah pancaindera yang sangat berharga ini boleh dibeli atau ditempah dari mana-mana kedai potong atau alat ganti mahupon pusat aksesori sebagai gantinya? Seterusnya adakah wujud cerdik pandai di dunia ini yang boleh mencipta pancaindera itu yang sama dan setanding seperti asal?
Persoalan seperti ini tidak mampu dijawab oleh manusia melainkan ia perlu kembali kepada yang menciptanya. Siapakah yang mampu mencipta pancaindera yang sebegitu hebat? Tidak lain Dialah Tuhan yang bersifat Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih kepada seluruh makhluk-Nya.
Contoh lain, jika seseorang manusia yang mahu tidur, namun matanya tidak mahu lelap sedangkan sudah puas dia berusaha untuk memejamkan matanya, adakah dia yang mahu supaya matanya tidak lelap? Atau ada kuasa lain yang menahan matanya supaya lelap? Jika ya, adakah manusia boleh melawan kuasa itu? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini menunjukkan betapa lemahnya manusia. Jika matanya sendiri tidak berupaya untuk dilelapkan apatah lagi jika mahu dibanding dengan kekuasaan Penciptanya.

Demikianlah beberapa contoh yang terdapat pada diri manusia yang perlu direnungi, moga-moga dengan cara itu manusia akan mengenali siapa dirinya, siapa Tuhannya dan ke mana akhirnya perjalanan hidup manusia,sedikit perkongsian yang banyak manfaat buat peringatan untuk diri penulis sendiri dan juga peringatan buat saudara2 yang lain.mudah-mudahan dengan usaha yang kerdil ini menjadi hijab antara jahanam yang mana bahan bakarnya daripada manusia dan batu-batu..

Wednesday, 7 September 2011

5 Syarat boleh buat maksiat..

Maksiat??

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.
b) Jenis-jenis maksiat :
i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.
ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat...

boleh ke nk wt maksiat??....jawapannye boleh...tapi mesti baca smpai abis dulu..

Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :
1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan[maksiat] kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya
2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka[maksiat] kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumiNya
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui olehNya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat
4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah
5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat Zabaniyah penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.


kalau tengkorak yang xda otak tu pon dh pandai bg warning jauhi maksiat apatah lagi manusia yg yg ada otak lg pulak dicipta dgn sebaik-baik kejadian.

.sekian shj peringatan utk diri penulis,seorg hmba yg tidak lari dr dosa dlm kehidupan seharian,.dan tidak lupa buat p'igtn utk kaum muslimin dan muslimat,mudah2an di ampunkn dosa2 yg dilakukan kita dri kcik smpai lh bsr sama ada kita sedar atau tidak..

keluarkan apa di dalam poket mu..


Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan: "Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada sepuluh manfaat; lima akan diberikan di dunia, dan lima lagi akan diberikan di akhirat kelak...

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)..memetik drpd qola al hukama' :
  ...."أنفق ما في الجيب يأتيك ما في الغيبberilah ape yg ade dtgnmu nescaya akn dberikan lbih ape yg tlah dberi olehmu..
firman Allah dlm surah albaqarah ayt 267:
“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.”


Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah...

Apakah fadilat bersedekah?

Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

demikian serba sedikit yang dapat penulis coretkan buat peringatan untuk diri sndiri yang 'maznubu ilallah' yang sering alpa dan leka dengan keindahan dunia dan juga kepada sesiapa sahaja yang berkunjung di blog yang serba kurang ini.

Sunday, 4 September 2011

kerana seorang wanita..

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:   ‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! oleh kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
  • suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya.
    Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
    Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:
    Sahabat
    Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
    Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
    1. Tegur dengan tangan jika terdaya.
    2. Tegur dengan mulut jika terdaya.
    3. Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
    Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
    Orang yang melihat
    Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
    Jurufoto
    Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.
    Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
    Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
    Penjual/ penyebar
    Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.
    Pembeli/ pembaca
    Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
    Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
    Nauzubillah…
    Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
    Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

    Wednesday, 24 August 2011

    siapakah yang untung dan siapakah yang rugi???


    'Siapa manusia yang rugi?'

    Berdasarkan hadist dari Abu Hurairah ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :

    " Sungguh rugi seseorang ketika : (1). Namaku disebut disampingnya tetapi dia tidak bershalawat atasku.

    Sungguh rugi seseorang yang :
    (2). Bertemu dengan Ramadhan, lalu Ramadhan itu berlalu darinya sebelum dosa-dosa dirinya diampuni.

    Dan sungguh rugi seseorang yang :
    (3). Mendapati kedua orang tuanya dalam keadaan hidup, tetapi keduanya tidak menjadi sebab yang memasukkannya ke dalam syurga..Rib'i berkata, 'Aku tidak tahu kecuali ia berkata : atau salah satu dari kedua orang tuanya'..." (HR Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, dan al-Hakim) 


     siapa manusia yang beruntung?'


    Berdasarkan Qs al Ashr : 1-3, bahwa Allah SWT berfirman :

    " Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali :

    (1). Orang-orang yang beriman (beriman = meyakini, percaya pada Allah dan apa-apa yang Dia perintahkan untuk kita imani / yakin / percaya100% tanpa keraguan sedikitpun, yakni beriman pada kitabullah, para malaikat, nabi dan rasul, hari akhir, serta Qadha' dan QadarNya~> mengimani semuanya dari hasil proses 'tafkir' / berfikir mendalam manusia yang dibimbing wahyu Allah~> hingga ia merasa wajib untuk membuktikan dan merealisasikan keimanannya pada rukun iman 6 dalam kehidupan sehari-hari dengan mentaati syari'ahNya secara kaffah, disertai sikap 'tasliman' / menerima dengan sepenuh hati~> Qs an Nisaa' : 65)

    (2). Orang-orang yang mengerjakan amal solih (amal solih~> amal yang mendapatkan 'reward' @pahala@ganjaran dengan menjalankan apa-apa yang di'wajibkan' / diperintahkan oleh Allah dan apa-apa yang di'sunnahkan' oleh Allah. Sedangkan amal yang di'mubahkan'@harus oleh Allah akan dia memilih sebatas apa yang ia perlukan bukan sekedar ia inginkan).

    (3). Orang-orang yang saling menasihati supaya mentaati kebenaran (kebenaran = Islam~> menyeru kepada Islam (da'wah Islam) / amar ma'ruf nahi munkar).

    (4). Orang-orang yang saling menasihati supaya mensabitkan kesabaran~> dalam ber'amar ma'ruf nahi munkar, kita sering menghadapi resiko untuk ditolak, dimarahi, dicaci, , di anggap aneh / asing, bahkan ditangkap atau dibunuh@masuk isa~> semua ini tak kuasa kita jalani kecuali dengan menetapkan diri kita untuk bersabar karena Allah, seraya terus berusaha istiqamah dalam usaha saling menasihati supaya mentaati kebenaranNya, yakni MENTAATI HUKUM ISLAM.




     
    Ternyata,miftahulfallah manusia di dunia dan akhirat itu mahal, kerana syurga Allah di akhirat itu mahal tak ternilai oleh dunia dan alam semesta dan seisinya.

     kehidupan seorang muslim sejati (mu'min) : berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian~> dunia adalah tempat singgah dan berteduh kita untuk mengumpulkan bekal yang cukup untuk kita bawa ke akhirat,sepertimana mafhum sabda Penghulu kita"dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk akhirat" tujuan akhir hidup kita. Dunia ini menggoda namun hina dan fana dalam pandanganNya.dan akhirat itulah yang terlebih baik dan yang kekal.Maka, jangan mudah tergoda dengan kefanaan perhiasan dunia. Bagi seorang mu'min, kehidupan dunia--dalam suka dan dukanya-- penuh dengan ujian, perjuangan dan pengorbanan.namun jihad mesti diteruskan,ISLAM mesti di bangkitkan,jadikan syahid sebagai cita2.


    " Ya Allah,
    Tetapkanlah hamba di jalanMu, walau jalan itu amat berliku-liku dan dipenuhi duri2. Sering kuhadapi godaan dan hasutan serta kualami kekhilafan, kesalahan, dan dosa-dosaku padaMu dan sesamaku dalam menjejaki jalanMu yang lurus. Luruskanlah hamba ketika hidupku bengkok..... 
    Jadikanlah hamba manusia yang beruntung di yaumil hisab dan jadikanlah hamba drpd orang2 yang mendapat syafaat Rasulillah di hari kiamat kelak..ameen.."

    Sunday, 14 August 2011

    TIADA KEBAIKAN PADA SESUATU YANG TIADA PENYEMPURNAAN...


    Berkata Saidina Ali bin Abi Tolib:

    ·        tiada kebaikan dalam solat yg tiada padanya khusyuk

    ·        tiada kebaikan dalam puasa yg tiada padanya menahan diri drpd perkataan yg membatalkan pahala puasa

    ·        tiada kebaikan dalam pembacaan al-Quran yg tiada padanya renungan yg mendalam tentang isi kandungannya

    ·        tiada kebaikan dalam ilmu yg tiada padanya warak

    ·        tiada kebaikan dalam harta yg tiada padanya sifat dermawan

    ·        tiada kebaikan dalam persaudaraan yg tiada padanya pemeliharaan menyuburkannya

    ·        tiada kebaikan dalam nikmat yg tiada padanya berkekalan

    ·        tiada kebaikan dalam doa yg tiada padanya keikhlasan.






    lujnah Perhubungan & Penerangan Pondok Pasir Tumboh

    Wednesday, 10 August 2011

    Fasa Keampunan Ramadhan...

    Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

    Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

    Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

    Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]
    marilah same2 muslimin & muslimat kite penuhi fasa ke 2 ini dgn memohon keampunan ( maghrifah ) kepada allah sebanyak2nya,amln terus d gandakn lagi agar menghasilkan natijah puase yang sebenar iaitulh bebas dari api neraka....

    Monday, 8 August 2011

    RAHMAT RAMADHAN ..

    Alhamdulillah kita telah diberi kesempatan sekali lagi dan dipanjangkan umur untuk bersama menikmati hidangan nikmat dan rahmat yang dijanjikan oleh Allah Taala dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Ramadhan adalah bulan tarbiyah,bulan mujahadah,bulan muhasabah dan bulan muraqabah.
    Bulan Tarbiyah dan Mujahadah.
    Pada bulan ini,kita cuba untuk mendidik nafsu atau jiwa kita supaya tunduk dan patuh kepada Allah Taala.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Puasa itu adalah perisai."Ibnu Abdul Bar mengupas hadith ini dengan mengatakan bahawa puasa adalah pendinding kepada manusia daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mencampakkan diri kita ke dalam api neraka.Kita pujuk hati dan anggota badan kita agar sentiasa patuh kepada perintah dan larangan Allah.Kita pelihara mata.lidah,telinga,tangan dan kaki kita daripada melakukan maksiat.Untuk memastikan semua pancaindera dan anggota badan kita terarah melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan,kita mesti memastikan hati kita bersih dan hampir dengan Allah.Justeru dalam bulan ini kita berpuasa dan ditambah pula dengan amalan-amalan lain seperti mendirikan solat sunat,membaca al-Quran,bersedekah,berzikir,berdoa dan berbagai lagi amalan baik yang mampu mengubat dan mendekatkan hati kita kepada Allah.Amat malang bagi orang Islam yang tidak mengambil peluang yang terhidang didepan mata kita umpama orang yang dihidang makanan yang lazat tetapi hanya berdiam diri dan melihat sepi.
    Bulan Muraqabah dan Muhasabah.
    Bulan ini juga kita kenali sebagai bulan muraqabah.Kita merasakan Allah sentiasa memerhati dan melihat perbuatan kita.Allah sentiasa mendengar perkataan yang dilontarkan oleh kita samada perkataan yang terbit dari lidah atau hati kita.Kita merasakan Allah sangat hampir dengan kita dari urat nadi kita sendiri sepertimana firman Allah Taala dalam surah ق ayat yang ke 16 yang bermaksud:"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."Inilah hasil puasa yang kita jalani iaitu mendapat ijazah taqwa kepada Allah Taala dengan menepati maksud taqwa yang di sebut oleh Ibnu Abbas bahawa taqwa itu ialah melakukan semua perintah Allah dan menjauhi semua laranganNya kerana hati dekat dengan Allah.Apabila kita berjaya memperolehi ijazah taqwa ini,kita akan merasakan nikmat beribadah,sentiasa menundukkan diri kepada Allah sebagai rasa ubudiyyah yang tinggi dan menginsafi bahawa kita tidak layak untuk menggunakan hukum selain hukum Allah bagi memastikan diri berada diatas jalan yang lurus.Bulan ini juga kita bermuhasabahlah dengan amal yang kita dah lakukan.Cubalah memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih taat dan patuh kepada Allah.Kita kena ingat segala perbuatan kita ini dicatat oleh malaikat Allah iaitu Raqib dan 'Atid dan segala amal kita akan dihisab dihadapan Allah.Firman Allah Taala yang bermaksud:"Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap mencatat."(surah ق ayat 18)Oleh yang demikian gunalah kesempatan dalam bulan ini untuk kita bertaubat dan berazam tidak mengulangi dosa yang sama.
    Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Taala.
    Semoga bulan ini kita dapat melakukan perubahan kepada yang lebih baik,membina keyakinan yang tinggi kepada Allah Rabbul Jalil serta berjaya meneruskan kekuatan dan momentum pada bulan ini kedalam kehidupan kita pada bulan-bulan yang lain.Kita tidak mahu hanya pada bulan ini kita hebat beribadah tetapi pada bulan yang lain kita culas dan malas.Pada bulan ini kita berjaya menewaskan nafu amarah tetapi pada bulan lain kita tunduk dan sujud pada nafsu sarakah dan pada bulan ini kita tunduk dan taat kepada Allah tetapi pada bulan lain kita jadi hamba Allah yang derhaka dan penuh dengan dosa.Sama-samalah kita mengejar bonus yangg sediakan ini.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan."Selamat berpuasa agar sama2 kita selamat di hari akhirat kelak...insyaALLAH

    Tuesday, 2 August 2011

    ..RAMADHAN DIHAYATI TAQWA DIMILIKI..

    Renungilah firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
    يأيهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
                Sempena bulan Ramadhan yang diberkati dan dirahmati Allah ini marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk sama-sama merebut tawaran dan ganjaran yang begitu besar yang dijanjikan pada bulan ini. Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah dengan  gandaan pahala padanya serta pengampunan dosa bagi hambaNya yang memohon keampunan daripadaNya mestilah digunakan sebaik mungkin oleh kita dalam menambahkan amalan soleh serta meningkatkan kualiti ibadat tersebut agar kita sama-sama dapat meraih segala tawaran dan janji Allah yang begitu istimewa ini yang tidak ada pada bulan-bulan selain Ramadhan. Antara hikmat ibadat puasa untuk keselamatan dunia ialah dapat menjaga kesihatan kita apabila dengan mengerjakan ibadat puasa dapat memberi ruang kepada tempat penghadam di dalam perut kita untuk berehat sehingga kesihatan kita dapat dijaga.  Tetapi apa yang malangnya apabila ramai di kalangankita menjadikan Ramadhan bukan sebagai bulan memperbanyakkan ibadat sebaliknya bulan pesta makanan lazat sehingga kita hanya memberi masa kepada penghadam pada siang hari sahaja untuk berehat sedangkan pada malam hari kita menggunakannya untuk menghadam makanan yang kita makan kadang-kadang lebih banyak daripada bulan selain Ramadhan. Ingatlah kita bahawa makanan halal ibarat ubat tetapi jika makan terlalu banyak maka ia bukan boleh memberi banyak manfaat sebaliknya akan membawa mudharat. Sepatutnya pada bulan Ramadhan kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian tetapi akibat mengikut kehendak nafsu maka ia semakin bertambah. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk menjaga kesihatan dan menjimatkan belanja dengan anugerah Ramadhan tetapi kita jarang merebutnya. Jika hikmat puasa untuk kebaikan dunia kita pun tidak dapat direbut maka adakah kita yakin bahawa hikmat puasa berbentuk akhirat dapat diraih

                    Sempena kedatangan Ramadhan yang dijanjikan dengan pelbagai anugerah berharga daripada Allah ini maka marilah kita sama-sama menghidupkannya dengan ibadat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat terawih, menjamu orang berbuka puasa, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Gunakanlah peluang dengan kehadiran Ramadhan sebaiknya dalam melahirkan diri sebagai umat yang bertaqwa kepada Allah sepanjang masa. Jangan biarkan diri kita terus tertewas kepada nafsu ketika teman rapatnya iaitu syaitan dirantai sebulan Ramadhan ini. Adalah malang apabila ada umat Islam yang tidak mahu berusaha untuk beramal dan bersifat sebagaimana ahli syurga ketika Allah membuka seluas-luasnya pintu Syurga dan bertambah malang apabila ada juga di kalangan umat Islam sendiri yang terus beramal dan bersifat sebagaimana ahli neraka pada bulan yang ditutup rapat pintu neraka. Hayatilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :
    قال النبي e : إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ     – رواه مسلم
    Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan
                Tanyalah diri kita samada ibadat yang dikerjakan selama ini termasuk ibadat puasa adakah sudah mampu menewaskan nafsu dalam diri serta melahirkan diri kita sebagai umat yang begitu inginkan Syurga sehingga kita berlumba untuk beramal dan bersifat sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan dalam masa yang sama kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar menjauhi amalan dan sifat ahli neraka dengan menghindari segala perbuatan yang dilarang oleh Allah.  Rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah bagi orang yang berpuasa penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
    قال الرسول e : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ    – رواه ومسلم
    Maksudnya : Sesungguhnya  pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.

                Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan keadaan diri umat manusia. Kewajipan puasa bukanlah suatu penyeksaan dan penderaan kepada umat manusia sebaliknya di sana ada pelbagai kelebihan dan kebaikan yang terbit hasil daripada menunaikan ibadat puasa. Anugerah Ramadhan dapat menyaksikan bagaimana masjid dan surau yang sebelum ini agak kosong kini mulai ramai ahli jemaahnya terutama pada waktu malam. Tanpa anugerah Ramadhan maka agak susah untuk menarik umat Islam sendiri untuk berjinak dengan masjid dan surau walau pun masuknya percuma dan pintunya terbuka sepanjang masa. Oleh itu kita mesti gunakan peluang dengan kehadiran ahli jemaah yang ramai pada bulan Ramadhan ini untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan disamping menanam kukuh kesedaran serta membangkitkan semangat juang dalam melawan musuh batin yakni nafsu dan musuh zahir yang terdiri daripada musuh Islam yang tidak pernah jemu berusaha memerangi Islam. Ramadhan yang pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra dan pembukaan Kota Mekah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku.
                Jika kita boleh mengerjakan ibadat puasa kerana adanya rasa takut kepada Allah dalam diri maka kita juga wajib yakin bahawa kemenangan Islam pasti datang dengan syarat kita memenuhi tuntutan yang telah digariskan oleh Allah termasuk sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah sepanjang masa dengan ibadat serta menjauhi segala dosa yang boleh menyebabkan kita dihinakan oleh Allah di dunia serta disiksa pula dengan api neraka di akhirat sana. Ketika kita membaca dan meneliti ayat-ayat al-Quran maka di sana kita dapati pelbagai cara Allah mendatangkan kemenangan kepada umat Islam yang membantu agamaNya dan pelbagai akibat buruk pula yang menghancurkan umat yang melawan agama Allah walau pun mereka mendabik dada dengan kekuasaan dan kekayaan serta kehebatan yang ada pada diri mereka. Kita pada hari ini dapat menyaksikan bagaimana betapa hebatnya Amerika Syarikat sehingga dapat menjajah Afghanistan serta menghancurkan Iraq dalam masa yang singkat tetapi tidak mampu menghadapi bala daripada Allah berbentuk ribut Katrina dan Rita yang menghancurkan beberapa  buah negeri dan bandarnya. Manusia hanya mampu mengesan kedatangan ribut yang membolehkan mengurangkan angka kematian tetapi tidak mampu menangkis dan menghalang ribut tersebut.
    Sempena bulan Ramadhan ini maka kita jangan lupa kepada saudara kita yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping tertekan di Indonesia terutama selepas pengeboman di Bali, umat Islam di Iraq, Afghanistan, Palestin dan seluruh dunia. Sekurang-kurangnya kita tadah tangan untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan kemenangan oleh Allah serta dapat sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan.
    Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
    شهر رمضان الذى أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينـت من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولايريدبكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدئكم ولعلكم تشكرون
    Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur..

    Monday, 1 August 2011

    ..Doa-doa harian sepanjang Ramadhan..


    Doa Hari Pertama

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

    Yaa Allah, Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku

    Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca

    Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Kepada Semua

    Pengasih

    Doa hari kedua

    اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-

    Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang

    Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya

    Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian

    Alam.Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

    Doa Hari Ketiga

    اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

    Ya Allah, Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah

    Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari

    Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat

    Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

    Doa Hari Keempat

    اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ

    وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

    Ya Allah, Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-

    Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.

    Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan

    Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-

    Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

    Doa Hari Kelima

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan,

    Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta

    Jadikanlah Aku Diantara Auliya’-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan

    Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua

    Pengasih

    Doa Hari keenam

    اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

    Ya Allah, Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat

    Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-

    Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu,

    Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang

    Yang Berkeinginan

    Doa Hari Ketujuh

    اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

    Ya Allah, Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah

    Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan

    Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara

    Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-

    Orang Yang Sesat.

    Doa Hari Kelapan

    اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

    Ya Allah, Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak

    Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan

    Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat

    Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

    Doa Hari Kesembilan

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

    Ya Allah, Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas,

    Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan

    Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-

    Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

    Doa Hari Kesepuluh

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal

    Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang

    Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-

    Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

    Doa Hari Kesebelas

    اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

    Ya Allah, Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik,

    Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan

    Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan

    Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

    Doa Hari Kedua Belas

    اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ

    وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

    Ya Allah, Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah

    Diriku Dengan Pakaian Qana’ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas

    Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang

    Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

    Doa Hari Ketiga Belas

    اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

    Ya Allah, Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah

    Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah

    Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang

    Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

    Doa Hari keempat Belas

    اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

    Ya Allah, Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku

    lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.

    Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala’ Dan Malapetaka

    Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

    Doa Hari Kelima Belas

    اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

    Ya Allah, Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang

    Khusyu’. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang

    Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang

    Takut.

    Doa Hari Keenam Belas

    َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

    ÇYa Allah, Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan

    Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama

    Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga

    Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru

    Sekalian Alam.

    Doa Hari Ketujuh Belas

    اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

    Ya Allah, Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah

    Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,

    Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala

    Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan

    Keluarganya Yang Suci.

    Doa Hari Kelapan Belas

    اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

    Ya Allah, Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat

    Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan

    Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti

    Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

    Doa Hari Kesembilan Belas

    اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

    Ya Allah, Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan

    Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau

    Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed

    Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

    Doa Hari Kedua Puluh

    اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

    Ya Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah

    Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk

    Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang

    Mu’min.

    Doa Hari Kedua Puluh Satu

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

    Ya Allah, Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan

    Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.

    Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan,

    Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

    Doa Hari Kedua Puluh Dua

    اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

    Ya Allah, Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk

    ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-

    Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang

    Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

    Doa Hari Kedua Puluh Tiga

    اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

    Ya Allah, Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku

    Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai

    Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

    Doa Hari Kedua Puluh Empat

    اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

    Ya Allah, Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-

    Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan

    Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu

    Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para

    Peminta.

    Doa Hari Kedua Puluh Lima

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan

    Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah

    Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

    Doa Hari Kedua Puluh Enam

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan

    Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib

    ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

    Doa Hari Kedua Puluh Tujuh

    اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

    Ya Allah, Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah

    Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan

    Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha

    Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.

    Doa Hari Kedua Puluh lapan

    اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

    Ya Allah, Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan

    Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah

    Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak

    Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

    Doa Hari Kedua Puluh Sembilan

    اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

    Ya Allah, Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku

    Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Dosa-dosa Fitnah Wahai

    Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

    Doa Hari Ketiga Puluh

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima

    Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya

    Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan

    Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

    Friday, 29 July 2011

    Kelebihan Hari Hari Tertentu ..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

    Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari..Isnin, Selasa ..Rabu..Khamis ..Jumaat..Sabtu dan Ahad... Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri...menjadi memori sepanjang zaman..Apakah peristiwa-peristiwa itu...silalah teruskan bacaan

    Hari Isnin

    Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...

    1. naiknya nabi Idris ke langit..
    2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
    3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
    4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
    5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
    6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
    7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

    Hari Selasa

    1. wafatnya jurjis
    2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
    3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
    4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
    5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
    6. habil terbunuh hari selasa..

    Hari Rabu

    1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
    2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
    3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
    4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
    5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

    Hari Khamis

    1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
    2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
    3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
    4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
    5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
    6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...

    Hari Jumaat

    1. Pernikahan antara Adam dan hawa
    2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
    3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
    4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
    5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
    6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
    7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra


    Hari Sabtu

    Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

    1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
    2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
    3. saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
    4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
    5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
    6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
    7. kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

    Hari Ahad

    1. Allah menjadikan neraka.
    2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
    3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
    4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
    5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
    6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
    7. Al;lah menjadikan laiutan yang tujuh...

    Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat...
    Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari...hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah...barulah kita dapat gambaran sepenuhnya...alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya...bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam...zaman pemerintahan nabi-nabi...

    InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar...yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini....

    Thursday, 28 July 2011

    :: Fadhilat Hari Dan Solat Jumaat ::

    JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.
    Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

    Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
    “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
    Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
    “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
    Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
    Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
    “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
    “Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
    “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
    Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
    Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
    Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
    “Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
    Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
    Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
    Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
    Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
    Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
    Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
    • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
    • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
    • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
    • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
    • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
    • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.