Wednesday 7 September 2011

5 Syarat boleh buat maksiat..

Maksiat??

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.
b) Jenis-jenis maksiat :
i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.
ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.
c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat...

boleh ke nk wt maksiat??....jawapannye boleh...tapi mesti baca smpai abis dulu..

Ibrahim Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :
1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan[maksiat] kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezekiNya
2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka[maksiat] kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumiNya
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui olehNya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat
4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah
5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat Zabaniyah penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.


kalau tengkorak yang xda otak tu pon dh pandai bg warning jauhi maksiat apatah lagi manusia yg yg ada otak lg pulak dicipta dgn sebaik-baik kejadian.

.sekian shj peringatan utk diri penulis,seorg hmba yg tidak lari dr dosa dlm kehidupan seharian,.dan tidak lupa buat p'igtn utk kaum muslimin dan muslimat,mudah2an di ampunkn dosa2 yg dilakukan kita dri kcik smpai lh bsr sama ada kita sedar atau tidak..

No comments:

Post a Comment