Friday 8 November 2013

Muharram kembali

Bismillahi,innalhamda lillahi,wassolatu wassalamu.naazilatani a'la saiyidina wa habibina wa qudwatina wa rosulina.muhammad..amma ba'du..

Pujian2 yg sepatutnya bg allah taala dan selawat serta sejahtera kpd penghulu kita,iaitulah junjungan besar,imam muttaqin,muhammad..

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menarik nafas dimuka bumi tuhan,dimasa yang baru,dihari yang baru,ditahun yang baru..murahnya arrahman yang memberi kita peluang untuk menghirup udara segar,dengan suasana yang aman damai tanpa meminta secebis bayaran...

Indanya hidup,sukaria berpanjangan,berhibur pagi ke petang,hatta siang malam.leka diulik mimpi,hanyut dek mainan duniawi..murahnya arrahman..

Tetapi ingat!!..mafhum firman Allah s.w.t "tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan dapat mereka beribadat kepadaKu"..dimanakah ibadat kita?bergunungkah amalan kita?..cuba fikir sejenak,berapakah umur kita?...20?..40?..60??.. Tidur kita?berbual kita?...makan minum?fesbuk sahaja dah setengah hari.....allah..allah..berapa detik seharian kita memuji tuhan azza wa jalla,selebihnya semuanya memuji harta benda dunia yang fana belaka..

Kenanglah gaya hidup para sahabat yang mana hidupnya tidak pernah leka,bergerak diam mereka kerana yang Esa,duduk bangun mereka kerana azza wa jalla..tidur mereka berpahala,amalan mereka berganda....subhanallah,..

Muharram kini,bangunlah wahai diri,tajdid kembali nawaitu yang kian terpadam,sedarlah..masih belum terlewat,masih belum terlambat,..istighfarlah memohon keampunan alghaffur arrahim.mudah-mudahan diterima segala amalan kita dan digolongkan dalam golongan ashabul yamin..

Dengarlah Ya Mujibassailinn..dengarkan lah..perkenankan lah..wakhtimlana minka bilkhair..

Sekadar peringatan kpd diri sendiri yang sering alpa mengingat pencipta.

No comments:

Post a Comment