Thursday 21 July 2011

KEUTAMAAN BULAN SYAABAN

Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda:
                    "manakala masuk bulan Syaaban,sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"



   
Dalam kitab An-Nasai dari hadis Usamah ra, "aku berkata,"wahai Rasullullah,aku tidak pernah melihat
    engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan syaaban." Baginda
    bersabda:
        "kerana ini bulan di mana manusia lupa darinya antara rejab dan ramadhan,
          itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin.maka aku
           suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa"

    Dikatakan,untuk malaikat di langit adadua malam raya dan unttuk muslimin di bumi ada dua hari raya.malam malaikat itu adalah malam nisfu syaaban dan malam lailatul qadar.sedangkan hari raya kaum muslimin adalah aidil fitri dan aidil adha.

  
Malam nisfu syaaban,kadang2 disebut malam bara'ah kerana malam itu dapat MENGHAPUSKAN DOSA SETAHUN.sedangkan malam jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam AL-Qadar dapat menghapuskan dosa seumur hidup.Ertinya bahawa menyambut malam2 itu dengan beribadah merupakah sebab penghapusan dosa....wallahualam..

mencapai cita-cita

"jangan mudah mengaku kalah,jgn mudah mengucap lelah..teruskan renang walaupun dalam sawah.."