Monday 12 September 2011

persiapan anak muda..

Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke
menara gading, kita sentiasa di suntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh
Islam samada dari dalam atau luar negeri. Kita sentiasa didedahkan dengan
perlakuan Barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan yang
telah merosakkan akidah dan juga akhlak perlakuan umat Islam. Kita sentiasa
disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang
sedang dinikmati oleh Barat .
Tidak hairanlah, jika kita lihat sebahagian besar daripada
lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan
akhlak yang mulia, selain daripada kekontangan akidah Islam yang menjamin
kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup Islam. Bahkan yang
lebih menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokkan cara hidup Islam dan
orang yang beramal dengannya.
'ala kullihal,Kita tidak menyalahkan nereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang
mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan
Islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali Islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di
alam persekolahan dahulu..

Untuk itu, ayuh kita pasakkan thabat mendepani sejuta ribut dan kabut, mehnah dan tribulasi yang mendatang dalam pelayaran menjejak denai pecinta islam yang pastinya bukan sedikit dan tidak mudah, tetapi indah dan tersusun pelaksanaannya andai ia dilaksanakan secara berjemaah.
 Mari bersama kita bergandingan membina keperibadian Islam dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam serta mencapai cita-cita menegakkan sebuah negara yang mengibarkan bendera Islam dan melaungkan slogan jihad demi membebaskan manusia terutamanya anak2 muda daripada kepekatan alam jahiliah kepada kejernihan alam Islami yang agung.

 

1 comment:

  1. Sangat setuju.Kita mesti membuat persediaan. Lebih2 lagi buat para belia dan remaja,pemangkin generasi islam akan datang. Bentuk diri menjadi muslim acuan alquran.Bebaskan diri dari segala macam belenggu. InsyaAllah,syiar islam itu akan terus tersebar. Amiin..

    ReplyDelete